Monday, January 18, 2010

Update selepas cuti sem 2

Memang cuti sem 2 ini banyak info-info tambahan yang berjaya dipelajari dan ada juga pengalaman baru yang kami tempuhi. Circuit-circuit yang wajib nampaknya sudah disiapkan dari segi fizikalnya namun masih ada circuit-circuit kami yang tidak dapat berjalan dengan sebaiknya iaitu seperti stepper motor controller dan juga transmitter and receiver. Bagi Stepper Motor, sudah nampak gerakan pada motornya namun pergerakannya tidak sempurna seperti motor-motor yang lain, manakala transmitter dan receiver masih lagi tidak berfungsi.

Kami hampir berputus asa untuk meneruskan project ini, namun usaha untuk menambah baikkan project ini harus dilakukan dan ujian seterusnya adalah proses presentation yang akan diadakan pada hari rabu ini (20 Januari 2010). Kami akan cuba membuat satu lagi circuit iaitu Forward Reverse Motor yang mana system motor ini lebih mudah untuk digunakan dan juga boleh dikawal pergerakan yang kerana circuit tersebut mempunyai timer. Circuit ini juga tidak mengandungi system coding sebagaimana yang terdapat pada stepper motor. Cumanya operasi pada motor Futaba yang diberi oleh Pakcik Adnan cuma boleh bergerak dalam satu pusingan sahaja tetapi yang penting ianya merupakan motor gear yang akan serta-merta berhenti apabila operasi motor diberhentikan. Bagi kami ini merupakan backup kepada stepper motor yang tidak berfungsi dengan jayanya.

En. Adnan juga ada membantu dalam penghasilan design project serta struktur-struktur gear yang patut diletakkan dalam menggerakkan ampaian ini dan kami mengambil design ampaian ini sebagai design bagi project ini:

Sebagaimana yang dapat kita lihat pada gambar di atas, bahagian yang menjadi pemangkin kepada pergerakan ampaian ini adalah pada struktur belah bawah besi ampaian utama. Maka setelah sesi perbincangan dengan En. Adnan, maka kami membuat kesimpulan project ini akan diteruskan seperti design ini:

Option 1

Pandangan Sisi

Kalu diikut pada bahagian sisi, ampaian ini bergerak menggunakan system gear seperti di bawah atau nama scientificnya adalah "Rack and Pinion" yang mana sebanyak 2 buah motor akan diletakkan pada setiap kiri dan kanan ampaian serta motor inilah yang akan menggerakkan ampaian tersebut ke hadapan atau ke belakang.

Rack and Pinion type gear


Option 2

Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

Bagi system gear ini pula ianya akan berfungsi seperti operasi skru serta pengikatnya dan mungkin system ini lebih penjimatannya kerana ianya akan berfungsi dengan hanya satu motor sahaja. Skru ini akan berpusing mengikut gerakan pada motor dan pusingan skru lah yang bakal menentukan kedudukan ampaian.

Terima kasih diucapkan atas jasa baik yang telah diberikan oleh En.Adnan serta Isteri. Sumbangan idea dan peralatan dari mereka telah membantu sedikit sebanyak dalam perjalanan project ini.

No comments:

Post a Comment